Sunday, October 28, 2012

:: Epal Merah Epal Hijau ::







Assalamualaikum...

saya harap para pembaca semua sihat walafiat di samping barakahNya . . amiiinnn...
hari ni sepatutnya mau post benda lain...tapi mau search2 gambarnya pula 'ndak' ada gambarnya ~versi sabahan ... yeah ,, proud to be sabahan Bah!!

ok2..kita tukar topik asal kita ya ... fikir2 ... tiba2 mau post pasal benda ni...EPAL...nyum2..
sesiapa yg tidak sukakan kepada epal...jom mai kita dok mkn naa ~versi utara pula naa...haha

"jgn dok usha jok post ni...mesti mkn naa~utk kesihatan bsamo"

KHASIAT EPAL MERAH

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia jugamemperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
6) Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

KHASIAT EPAL HIJAU
1) Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2) Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3) Membantu kesihatan membran paru-paru.
4) Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5) Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6) Membantu mengekalkan berat badan.
7) Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8) Mengurangkan risiko barah.
9) Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10) Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11) Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.



*Apabila membuat perbandingan di antara khasiat buah epal merah dan hijau, ternyata ada persamaan dari segi kelebihan dapat menurunkan berat badan. Oleh itu, ini satu peluang yang baik untuk sesiapa sahaja yang mahu menjalankan proses diet badan.





No comments:

Post a Comment