adoiiii
Thursday, October 3, 2013
:: coretan untuk hati ::
assalamualaikum :)
Duhai Diri :)
ku akui sungguh lemahnya imanku..
cepatnya tunduk kepada kesedihan..
goyahnya hati kerana permainan duniawi..
ku akui...tetapi kenapa aku terus begini?
memang benar ..
Terasa kosongnya hati ini..
kurangnya permata habbahMu di dalam jiwa ini..
dan aku menyedari,semakin jauh hubunganku dengan Ilahi..
Sesungguhnya benar menjaga habluminallah,
dan terjagalah juga habluminannas seperti dijanjikan..
maafkan dosa-dosaku ya-Rabb..
maafkan segala dosaku ke atas semua makhlukMu di dunia ini,mahupun ..
yang telah tnggalkan dunia..
aamiin ya Rabb ~
Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang
(Hadith riwayat Abu Daud)
Saturday, August 17, 2013
::cuti Raya::
assalamualaikum :)
Hye suma .. mood nak taip dah datang ..jeng3x ..
haha.. gurau ja, admin free hari ni ..
aduii... terkantoi oleh kawan-kawan serumah admin, yang admin ni punya blog sihh .. siap minta link lagi
waaduuhhh =.="
bukan tak nak bagi ... tapi tau la, blog admin ni masih di kategori blog yg..tuuttt !
kalau nak dibandingkan dgn budak sekolah rendah punya blog, blog depa lagi awesome ...
malu la teman >.<" hehe
cuti raya dengan family pun dah berakhir :'(
serius, admin rindu sgt2 dorang suma .. mak, bapa, pali, ila, cicil n apis
gambar di atas ??
gambar dekat atas tu...hmm, itulah kerja admin sebelum raya.
malam sampai rumah, esok pagi dah kena tolong akak jaga kedai >.<"
memang kena bangun awal pagi la critanya ^^
tapi, takpa.. dah biasa
sambil2 jaga kedai tu, assignment panggil2 suruh admin siapkan ..
assignment TITAS tu ... =.="
nasib bek buku tyme form 4 n 5 sgt membantu admin ^^
Thanks to my PQS reference book (Pengajian al-Quran n as-Sunnah)
and also Thanks to Allah :')
Opps... maaflah tak ada gambar raya ... nak balik ke kampus mmg kelam kabut .. tak sempat nak ambil gambar(softcopy), n ambil movie utk kawan2 >.<"
maaf ya ^^
selalunya nak tinggalkan family di airport tu, mesti konfem punya nangis .. x caya??
hmm... dulu sekolah menengah duk asrama pun nangis ,lagi knfem nangis tinggalkan family yang duk sabah ..
takpa, admin merantau mencari ilmu :)
walau apapun, thanks utk orang tu ... bagi kata2 semangat sebelum meninggalkan negeri kelahiran admin ^^..
n membuka pintu hati admin untuk menjadi seorang yang lagi tabah ^^
chayooo !
admin akhiri post ni ...thanks sudi mambaca..semoga hidup diberkati..aamiinn !
wassalam :)
Thursday, July 25, 2013
:: Just stay strong ::
Assalamualaikum !
Hai suma. Lama tak update post dalam blog ni. Sejak kebelakangan ni, admin n kawan2 sibuk dengan assignment dan test. fuhh,, memang penat lah !
Alhamdulillah hari ni la masa admin nak post, lagi-lagi hari ni cuti sempena Yaumul Nuzul Quran :)
so, suma pun cuti kan di hari jumaat yang barakah ini :)
dan minggu depan pun tiada test >> haha, tapi lepas raya ada test nohh =.="
" JUST STAY STRONG "
Admin suka dengan ayat ni, eh silap, bukan admin seorang tapi suma pun suka this 'quotes' .
Kita kena ingat, walau masalah yang bertimbun2 datang kepada kita, jangan putus asa. Ayat tu pun sebenarnya ditujukan kepada admin, sebab admin akui diri ni bukan lah kuat sangat .. kan?
Lagi2 sifat semula jadi manusia yang lemah ni.. so kena berperanglah dengan kelemahan tu :)
"INNALLAH MAANA"
Ya, Allah tu sentiasa bersama kita, sepanjang masa, cuma terpulang kepada diri kita meluangkan masa kepadaNya, kan?
Kita ada sahabat untuk meluahkan, yup... kalau tiada keluarga di sisi memang sahabat la pengganti mereka.
Tau tak? sahabat tu mungkin daripadaNya juga .. ya, memang semestinya untuk membantu kita .
So
Dont give up where ever you go . As far you keep walking on this earth, In Shaa Alllah , our Greatest Allah always with us , always until our last breath :)
admin pun nak akhiri post admin, thanks for reading this post !
may Allah bless all of us :)
Wassalam :)
Friday, June 28, 2013
:: oh Nyamuk! ::
Assalamualaikum!
Hai suma .. hari ni tiada entry utama yg admin nak bagitau.. nak memanfaatkan masa yang sangat 'emas' ini,hehehe .Yalah kan.. penat p kelas , cuti sabtu ngn ahad ni pun kna p perjumpaan kokum pula. Tapi tak boleh mengeluh kan ?! Come on lah nana =.="
hmm... disuspek kena DENGGI ! siapakah gerangannya ? ~TAK TAHU~
So,,berita ni mengejutkan la juga kepada penghuni2 pelajar unimap , sebab .. petang tu suma kena keluar rumah ... fogging la critanyaa ~
![]() |
| -pegawai kesihatan- |
![]() |
| -nuuu ~ bilik kami penuh dgn asap fogging- |
![]() |
| -ambil pic ngn kawan2- |
ok lah.. nak out ni ..nanti admin post benda lain pula k!
Thursday, April 18, 2013
Masalah kita
Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.
Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?
Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita
Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita.
Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya. Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif. Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.
Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.
Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya. Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.
Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)
sumber: ILuvIslam
Wednesday, April 17, 2013
Aku dan Dia Dah Putus
Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi baliksegala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur
“
p/s : Semoga bermanfaat 
sumber:Nur Faiqah Radzuwan
Subscribe to:
Posts (Atom)







