Wednesday, April 10, 2013

:: alone travelling ::

 Assalamualaikum :)

Sekali lagi admin mau berceloteh tentang warna-warni kehidupan admin :)
Jangan hairan sesiapa yang mengenali diri admin ni ,, dekat dunia luar malas betul mau buka mulut tu .. tapi kalau datangnya semangat mau bercerita, jangan hairan untuk kali keduanya ya sebab admin yang sendirinya yang rancak bercerita... dan persoalannya, kamu ni kenal admin ka?? haha

unknown : Owh,,macam tu ker awak ??
me : Ya,, macam tu lah saya (versi sabahan)
unknown : kalau bab2 menulis and typing ni ape citer ??
me : hmm...menulis?tulis karangan mmg slow la,,
mau jaga tulisan sikit..bab2 typing nih, owh i'm lovin it !!

***
ok, lupakan cerita diatas ya.. hehe.. kembali dengan cerita utama, best juga istilah "Alone Travelling" ni... best kalau anda seorang yang BERANI ... admin respect dengan orang2 yang berani ni.. sungguh respect !
kamu juga seperti itu kan ??


sempat lagi ambil gambar =.=" (surau)
huh ! kurang juga penat sebab ada beg roda..haha.Lepas tu surau lah tempat berteduh admin setiap kali menjejakkan kaki ke airport tercinta.

Dan ini semuanya Takdir..
Dia temukan diriku dengan orang2 yang dapat menutup kegelisahan ini..
Kerana Dia tahu..Dia memahami...
Isi hati yang tersirat ini..
Hanya ucapan kasih untukNya daripada diri yang lemah ini :)

diam2 ambil gambar dorang...hehehe
mereka lah orang2 nya.. dorang dua ni rupa2 nya ada kaitan saudara, walaupun saudara jauh.. tapi,syukur sangat2 jumpa dorang ni ... Aunty yang pakai tudung pink ni semua dia tau nama2 sibling bapa admin, malangnya dia tak kenal bapa admin sendiri..haha.. mungkin disebabkan bapa admin yang dikira 'budak kecil' dalam siblingnya.. jadi aunty tu tak kenal sangat :)

sampai ja cari KFC...licinn !!
admin jalan saing dengan dorang dua kejap ja :(
Alor Setar ---> KL ... turun ja dekat airport KL ... saya tak jumpa dorang lagi, tambah flight tak sama pi Sabah... so,, kena alone travelling lagi la critanyaa..haha :)

Lepas ja makan KFC yang nikmat tu,, admin cari tempat berteduh lagi dekat surau ...
jumpa juga makcik2 Indon yang kecoh ja dengan cerita dorang,, walau susah tidur pada asalnya..last2 dapat juga tidur for two hour :)


selamat pagi Malaysia ... sambil jalan ambil gambar :)


satu perkara alone travelling " Ikut jak orang pi manaa "


Itulah kapal admin ... flight to Sabah Negeri di Bawah Bayu 


masuk2 dalam kapal tu ... alhamdulillah seat admin hujung dekat tingkap... sukanya !
boleh tengok pemandangan puas2 !



ni jak lah admin dapat kongsikan ... maaf banyak2 kalau post admin terlalu panjang untuk dibaca :) hehe
apapun, admin mau ucap THANKS banyak2 sudi baca post ni sampai bawah,
walaupun post admin ni banyak mengarut sikit..

ok,,admin akhiri post ini :)

wassalam :)


Monday, April 8, 2013

Kelebihan surah ar-Rahman dan al-Waqiah




"Boleh saya tahu mengapa kamu menyukai surah ini. Surah ini melatih seseorang untuk belajar mensyukuri hidup. Seperti itukah?" ujar salah satu juri yang bertanya kepada Aziz.

Atiqah memejamkan matanya. Dia berasa begitu bersalah, namun masih mencuri pandang untuk melihat Aziz. Pemuda tampan itu tetap tenang dengan wajah bersahajanya. Pertanyaan yang begitu menyesakkan itu seakan tidak mempengaruhinya sedikit pun.

"Ya, memang benar salah satunya seperti itu. Namun, saya juga mempunyai alasan lain mengapa saya menyukai surah ini."

"Oh ya,apa?" tanya juri itu dengan nada yang tetap menyesakkan.

"Menurut pandangan saya, surah ini memiliki perpaduan atau kombinasi pembelajaran hati yang sangat lengkap. Yakni pentingnya rasa takut dalam hati kepada Allah SWT seperti yang diterangkan pada ayat 46:
'Dan bagi orang yang takut akan menghadap Tuhannya....'
pentingnya rasa syukur dalam hati seperti yang diterangkan hampir dalam setiap ayat ar-Rahman, pentingnya rasa waspada dan bersiap sedia seperti kandungan dalam ayat 26:
'semua yang ada dibumi itu akan binasa....' 
dan disarankan untuk mengharapkan pengharapan akan keredaan bukan pengharapan akan balasan kenikmatan seperti yang tersirat dalam kandungan ayat 46-60", jelas Aziz dengan tutur katanya yang halus dan perlahan.

Tepuk tangan kembali bergema. Juri yang tadi bertanya dengan maksud yang menyesakkan nampak begitu kesal. Atiqah tersenyum puas. Dia sedikit hairan dengan raut wajah Aziz yang nampak biasa dan jauh dari rasa puas atau bangga kerana tepuk tangan dan sokongan penonton.

"Ya Allah, dia begitu berwibawa." desisnya dalam hati

***
"Aziz!" panggil Atiqah lirih.

"Hmm?"

"Maafkan saya, tak seharusnya kamu melakukan semua itu untuk saya," ucap Atiqah dengan penuh rasa bersalah.

"Saya sama sekali tidak melakukan apa-apa untukmu," sangkal Aziz.

"Tapi tanda nama dan tugas itu ... "

"Saya hanya melakukan sesuatu yang semestinya dilakukan oleh seorang sahabat."

"Tapi, bukan dengan mengorbankan dirimu sendiri kan,Ziz?"

Aziz hanya tersenyum. "Setidak-tidaknya saya tidak mempunyai adik yang memesan piala padaku kan?" ucapnya.

"Anggap saja itu semua untuk adik kamu."

"Untuk adik saya?"

"Ya,sebenarnya semua itu untukmu, Iqa," jawab Aziz dalam hati.

"Adikmu adikku juga kan?kebetulan aku tidak punya adik,"jawab Aziz seadanya.

"Benar-benar orang yang pelik, namun istimewa," bisik Atiqah dalam hati.

"Emm,apa alasan kamu menulis surah al-Waqiah Ziz? Tadi, pada asalnya saya menjawab dengan keliru."

"Jawapan kamu bagus yang menjelaskan tentang hari kiamat yang terdapat dalam surah tersebut,"jawab Aziz.

"Hmm, terima kasih. Tapi, pastinya kamu mempunyai alasan lain bukan?"

"Tak ada, aku hanya suka membacanya," jawabnya sederhana.

"Kau membacanya setiap hari?"

Aziz tidak menjawab dan hanya tersenyum kecil.

"Apakah faedahnya mengamalkan al-Waqiah? kamu tidak kedekut memberikan ilmu kan, Ziz?" pancing Atiqah.

"Emm yang pernah saya dengar dari rakan Kolej saya, al-Waqiah itu amalan untuk mendoakan orang tua kita yang masih hidup."

"Ooh ada lagi tidak?"

"Tak ada, al-Waqiah itu kita tujukan kepada orang tua kita yang masih hidup, seperti surah Yasin jika mereka telah tiada."

Atiqah terdiam. Dirasanya sebuah kekaguman yang semakin besar terhadap sahabatnya itu.

(Sumber : novel Cinta Kudus Bidadari Subuh, karya Hassan Noor)




Monday, March 25, 2013

:: CUTI ::


Assalamualaikum !!

ALHAMDULILLAH...akhirnya habis juga perjuangan final exam untuk sem 2 ni . BARU SEM2 OK ,hehe ..nak cakap lega pun , nda juga . Semua subjek2 course admin ni susah bangat . admin harap la sangat2 tiada repeat untuk sem ni dan untuk sem yang akan datang :) ...

Digital System 1
Communication Skills
English 2
Mathematics 2
Bahasa Melayu
Electronic Devices
Fundamental of Computer Programming
Electrical Technology

hopefully there's no repeat .. aamiinn :)
and Allah always with you at the every sec :) 

BUDDIES OF COMPUTER ENGINEERING :)


huh no comment :) smile always guys !

among of my besties... :) (Me,Mira,Syahirah,Ain,Surija,and Faizah)

Mira the sunyo,,Ain the Doraemon and Syahirah the Giant :)
heheheh....peace!!
the girls with meaningful smile :)

hahahah ... the red one , its me !!


MESSAGES TO THEM ;

Happy holiday dear friends :)

untuk kawan2 yang baca post ni sampai bawah,,admin nak ucapkan thanks ya !!
jangan lupa hantar mesej ... 2 bulan tu kita nda jumpa kan , semua balik p kampung masing-masing...
untuk SYAHIRAH SHAPIEE ...asal ko balik awal sangat ahh?! mau buat kejutan untuk birthday ko pun x boleh ... admin ucap dari blog ni boleh??hehe...HAPPY BIRTHDAY ~ SANAH HELWAH UKHTI ... jangan nakal2,,semoga panjang umur n dimurahkan rezeki ya ...doa admin untuk kawan2 admin sentiasa mengiringi langkah dorang suma . aaamiiinnn !!


Saturday, February 16, 2013

:: Facebook ::


Assalamualaikum :)
Halu semua...ni hah admin penat copy paste dari Facebook..sumbernya adalah daripada Aku Islam .Follow la page ni,,yakin dengan kata admin ni...memang best perkongsian page Aku Islam ni...
Ni admin nak tujukan kepada ahli keluarga,,sahabat2,,guru2,,saudara2 Islam ,,dan yang mengenali diri admin yang kerdil ini...

Selamat berjuang pada jalan-Nya!!
Bittaufiq wannajah!!

wassalam :)



Wednesday, February 13, 2013

Ieka Craft


Assalamualaikum!!!

halu semua ... hari ni pula admin nak share pasal benda lain pula ...tak best pula kalau share pasal cerita panjang kan ... ok2 ...ni dia,,sapa2 yang berminat dengan mini craft ..boleh la kunjungi laman web ni 
Jom Lawat >> ~ Ieka Craft ~ <<


hah ,, ni dia mini craft .Sebarang tempahan ,, jangan lupa follow dan kunjung p laman Ieka Craft okay !!!

wassalam :3

Monday, February 11, 2013

Melakar Cinta Firdausi

Assalamualaikum ya syahid syahidah fillah :)

Satu lagi buku yang admin dah habis baca mengisi cuti raya cina ni ...daripada duduk termenung tengok kawan2 pulang kampung , lebih baik pinjam buku cerita dekat library Kangar...Admin ngn bestie2 admin pun pegi library,,pinjam sebanyak novel yang boleh dibaca dan yang termampu dibaca...admin ni suka baca novel tapi bukanlah seorang kaki novel.Hah,,ni dia novel Melakar Cinta Firdausi ~

karya Nurul Aini K.Azhari dan Aimi Nabihah Mohamad
kepada yang belum baca novel ni,admin syorkan agar pembaca semua jinakkan diri mendekati buku2 yang boleh menambahkan mahabbah fillah (cinta kepadaNya) .Buku ni menceritakan tentang perjuangan para mujahid dan mujahidah di Bumi Palestin,iaitu bumi saudara kita dan yang penting Baitul Muqaddis atau dikenali sebagai al-Quds.Ketika membaca novel ini juga kita dapat lihat perjuangan mereka diuji dengan perasaan cinta,iaitu mengutamakan cinta kepada manusia ataupun memilih perjuangan kerana cinta kepadaNya.

setakat ni saja admin boleh pendekkan cerita serba-sedikit pasal novel ni...mau tahu selanjutnya bacalah novel ni...selamat membaca !!

wassalam

Saturday, February 9, 2013

:: our cuti raya cina :) ::


Assalamualaikum!!!

Haluu semua ... lama sda kn admin tak share crita kan ... walau apapun hari ni admin ngan bestie admin shopping pegi Kangar mw beli barang2 dapur....yang penting penat sihh...nasib bek ada dua org chef admin jadi tukang masak tyme cuti ni...hahaha....
cuti raya cina ni admin ngan ain n mira...okay..papai!!!!

 
dapur ~_~


bye~wassalam :)