Wednesday, December 10, 2014

:: Latihan Industri ::

  Assalamualaikum :)

lama nda update blog,, sem ni admin praktikal dekat negeri kelahiran admin di Negeri Bawah Bayu !
yeayyhhh... chayooo2 pada kawan2 admin yg berpraktikal utk sem ini ! ^^ *peace*

Monday, April 7, 2014

:: sahabat untuk selamanya ::


Assalamualaikum sahabat admin suma ;)

Seperti biasa, selepas 4 bulan lebih berada di bumi Indera Kayangan untuk menuntut ilmu.. terbang pula admin ke negeri Bawah Bayu !! yeayyy, oppss... don't forget to say Alhamdulillah :')

Sebelum balik p tanah kelahiran admin, ada sorang hamba Allah bagi pesan, "Eh, naik flight nanti, jangan pula sampai hilang radar ya ! "
Ouchhh !! Tu jak yang terdetik dekat hati admin,tapi tak terungkai oleh kata-kata... memang risau la juga, sejak kejadian MH370 tu...kawan-kawan admin macam takut ja nak naik flight?? betul ka??
alaaa...baru nak ajak depa mai sabah..nak bawa depa jalan-jalan kat sabah ni... jangan la takut ok??
Allah kan sentiasa bersama kita ?? :)

Apapun, admin tetap berterima kasih dekat hamba Allah tu, sekurang2nya teringat juga admin tyme kat sekolah dulu.. sahabat admin pernah kongsi yang setiap kejadian tu membawa hikmah yang besar...walaupun kita nampak kecil... ia boleh menjadi hikmah yang besar bagi orang-orang yang dapat merasai dan menghayati setiap kejadian yang telah berlaku :)

Satu lagi,, admin rindu dengan suma sahabat2 admin!!! jujur !!! sahabat dulu mahupun yang sekarang admin dampingi,, semua admin rinduu !! entah kenapa...admin tahu kenapa ! UKHWAH !
Ya,,Ukhwah tu la menjadikan hubungan kami rapat.. hubungan yang menjadikan kami seperti adik beradik ! dan paling penting hubungan yang terjalin kerana lillah... kami mengasihi antara satu sama lain kerana Allah,,,ya memang tu jawapannya..memang benar !
banyak kali mimpi dorang.. rindu admin yang menggunung ni bila la terubat agaknya. Hanya mampu mendoakan dari jauh untuk dorang,walau jauh hati kita dekat kan kan *acecehh :)
Lagi terasa rindu dekat sahabat tyme sekolah menengah..huhhh :'(
admin rindu..admin perlukan dorang !

Hmmm,,cuti ni ya... final project year aka singkatannya FYP...aduhh..tak sentuh lagi..
kilang kompenen semua ada kat semenanjung..harap2 dekat kk tu...dapat la yg murah2 ( misi : tawar menawar ) . "Ehh tapi..benda ni kecil ja la adik,nda logik la kami mau kasi murah kompenen ni,,lagipun barang ni,dari semenanjung bah ni..jauh kami ambil "
aduhh..harap2 pakcik tak cakap cmtu T.T

hmmm...sampai di sini saja kata hati admin untuk kali ni..ada masa free, admin update lagi k!
terima kasih sbb sudi baca kata hati ini ;)
Doakan hidup kita sentiasa diberkati Allah 

wassalam


Friday, January 31, 2014

:: kalendar puasa ::


assalamualaikummmmm :)

ni hahhh ... nak bagi tau, sahabat admin ada buku kalendar kecil n comel ...
bestnyaaa....admin pun tanya macam mna nak dapatkan buku kecil..
hmmm...kawan admin ckp dy dapat dari org :(
nak juga..tapi tiada rezeki nak dapatkan buku kecil tu...
admin pun tanya la pakcik google ~ pun bolehhh :''3

" Jom berpuasa " 


sunnah dan untuk kesihatan kita :)

~ wassalam ~


:: kisah paderi dengan seorang pemuda arab ::

Assalamualaikummm

Hye semua :) admin xda idea nak update post baru .. nampak kawan admin share cerita di bawah ni .. admin pun share :) sapa2 yang singgah blog ni .. baca sampai habis tau ^^


# hayati !!! Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’Sang paderi pun mulai bertanya,:‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata,:‘Apakah kunci surga itu?’Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.Paderi pun berkata,:‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa..MasyaALLAH :'D

kongsi2 ya :) Islam itu Indah ~
wassalam :)

Monday, January 27, 2014

:: tunduk pandanganmu wahai kaum adam ::


assalamualaikum :-)

Bertemu lagi admin dgn anda semuaaaa...aisehhhh :P
rindu nak menaip utk meluahkan potpetpotpet yang terbuku dalam hati yang lemah ni ~
"boleh bah kan ??" *sleng sabah*
"boleh la please".."orait! tenkiu sebab bagi peluang admin meluangkan masa dalam blog ni :) !"
sekejap ja okay ~
terima kasih sebab setia membaca blog ni ~

baca baca baca ~ read this !

Ehem..satu dua tiga ~ bismillah :)

Pejam celik banyak kali, dari bayi sampailah besar..dan kita akan menjadi kecil semula menjadi orang tua yang uzur..
Itu adalah kitaran manusia yang pasti...

"Hidup sebelum mati"

pernah kan dengar ayat diatas?? tak ingat ?? ada dalam lagu kumpulan Raihan :)
apa yang admin ingin sampaikan di sini ~
selagi hidup, mari kita kumpul amalan untuk bekalan di akhirat nanti. Kita tak tahu lagi bila ajal maut datang menjemput kita pergi (sedih) .Kadang-kadang, admin rasa bersalah kat diri sendiri sebab amalan yang admin buat di dunia ni, ibarat segumpal nasi pun mungkin tak cukup lagi utk bekalan ke akhirat .. ustaz pernah cakap, manusia yang dibezakan hanya dengan amalan mereka . So jangan tangguh lagi, jom kita mula kumpul amalan banyak2 ><".

Ehh lupa =.=" ....gambar yang admin post tu, admin dapat daripada facebook :)
special buat yang bergelar sebagai kaum adam ~
bukan utk kaum adam saja tau ! kaum hawa juga ambil iktibar dan ikhtiar ~

tyme sehari duk menghadap lappy ... teman dapat satu ayat yang terrbaekkklahh !!
wahai kaum adam..dengar ni :)
attention please ! 

"Nak isteri solehah, kenalah jadi lelaki soleh dulu "

akhirun qalam , thanks ~ wassalam ;)