Thursday, April 18, 2013

Masalah kita

Mengharapkan Simpati
Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang
Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.
Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita

Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita.
Mengharapkan Simpati
Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati

Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya. Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif. Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.
Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.
Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya. Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.
Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)
                                                                                                                       sumber: ILuvIslam

Wednesday, April 17, 2013

Aku dan Dia Dah Putus





Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi baliksegala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s :  Semoga bermanfaat :)
                                                                               sumber:Nur Faiqah Radzuwan

Thursday, April 11, 2013

Mouth ulcers



What is Mouth ulcers??
A mouth ulcer is a painful sore in the mouth. It appears on the tongue, lips, and the gums or inside the cheeks. The first sight of the sore may be a tingling, burning sensation inside the mouth. They can occur either singly or in clusters. They are usually white or yellow in color, sorrounded by red halos. Usually they heal within 7 to 10 days.
Home remedies for mouth ulcers:

Tip 1:
Grate some fresh coconut. Extract the milk and gargle with this 3-4 times a day.

Tip 2:
Keep 1 glass of clilled water and 1 glass of hot water ready at hand. Gargel alternately with hot water and cold water.

Tip 3:
Boil 2 cup of water. Add 1 cup fenugreek leaves and remove. Cover and keep for sometime. Strain the water and gargle 2-3 times a day.

Tip 4:
Boil 1 tsp of coriander seeds in 1 cup of water. Remove when slightly warm gargle. Repeat 3-4 times a day.

Tip 5:
Chew on 5-6 tulsi (pure basil leaves) and sip some water. Repeat 5-6 times a day.

 Tip 6:
Eating raw tomatoes helps rid mouth ulcers. Can aslo gargle with tomato juice 3-4 times a day.

Tip 7:
Mix 7 parts of sugar candy (mishri) with 1 part of camphor. Apply on the blister.

Tip 8:
Mix a pinch of turmeric powder to 1 tsp glycerine and apply.

                                                                                                                  Health for all ,, good luck :)




Wednesday, April 10, 2013

:: alone travelling ::

 Assalamualaikum :)

Sekali lagi admin mau berceloteh tentang warna-warni kehidupan admin :)
Jangan hairan sesiapa yang mengenali diri admin ni ,, dekat dunia luar malas betul mau buka mulut tu .. tapi kalau datangnya semangat mau bercerita, jangan hairan untuk kali keduanya ya sebab admin yang sendirinya yang rancak bercerita... dan persoalannya, kamu ni kenal admin ka?? haha

unknown : Owh,,macam tu ker awak ??
me : Ya,, macam tu lah saya (versi sabahan)
unknown : kalau bab2 menulis and typing ni ape citer ??
me : hmm...menulis?tulis karangan mmg slow la,,
mau jaga tulisan sikit..bab2 typing nih, owh i'm lovin it !!

***
ok, lupakan cerita diatas ya.. hehe.. kembali dengan cerita utama, best juga istilah "Alone Travelling" ni... best kalau anda seorang yang BERANI ... admin respect dengan orang2 yang berani ni.. sungguh respect !
kamu juga seperti itu kan ??


sempat lagi ambil gambar =.=" (surau)
huh ! kurang juga penat sebab ada beg roda..haha.Lepas tu surau lah tempat berteduh admin setiap kali menjejakkan kaki ke airport tercinta.

Dan ini semuanya Takdir..
Dia temukan diriku dengan orang2 yang dapat menutup kegelisahan ini..
Kerana Dia tahu..Dia memahami...
Isi hati yang tersirat ini..
Hanya ucapan kasih untukNya daripada diri yang lemah ini :)

diam2 ambil gambar dorang...hehehe
mereka lah orang2 nya.. dorang dua ni rupa2 nya ada kaitan saudara, walaupun saudara jauh.. tapi,syukur sangat2 jumpa dorang ni ... Aunty yang pakai tudung pink ni semua dia tau nama2 sibling bapa admin, malangnya dia tak kenal bapa admin sendiri..haha.. mungkin disebabkan bapa admin yang dikira 'budak kecil' dalam siblingnya.. jadi aunty tu tak kenal sangat :)

sampai ja cari KFC...licinn !!
admin jalan saing dengan dorang dua kejap ja :(
Alor Setar ---> KL ... turun ja dekat airport KL ... saya tak jumpa dorang lagi, tambah flight tak sama pi Sabah... so,, kena alone travelling lagi la critanyaa..haha :)

Lepas ja makan KFC yang nikmat tu,, admin cari tempat berteduh lagi dekat surau ...
jumpa juga makcik2 Indon yang kecoh ja dengan cerita dorang,, walau susah tidur pada asalnya..last2 dapat juga tidur for two hour :)


selamat pagi Malaysia ... sambil jalan ambil gambar :)


satu perkara alone travelling " Ikut jak orang pi manaa "


Itulah kapal admin ... flight to Sabah Negeri di Bawah Bayu 


masuk2 dalam kapal tu ... alhamdulillah seat admin hujung dekat tingkap... sukanya !
boleh tengok pemandangan puas2 !



ni jak lah admin dapat kongsikan ... maaf banyak2 kalau post admin terlalu panjang untuk dibaca :) hehe
apapun, admin mau ucap THANKS banyak2 sudi baca post ni sampai bawah,
walaupun post admin ni banyak mengarut sikit..

ok,,admin akhiri post ini :)

wassalam :)


Monday, April 8, 2013

Kelebihan surah ar-Rahman dan al-Waqiah




"Boleh saya tahu mengapa kamu menyukai surah ini. Surah ini melatih seseorang untuk belajar mensyukuri hidup. Seperti itukah?" ujar salah satu juri yang bertanya kepada Aziz.

Atiqah memejamkan matanya. Dia berasa begitu bersalah, namun masih mencuri pandang untuk melihat Aziz. Pemuda tampan itu tetap tenang dengan wajah bersahajanya. Pertanyaan yang begitu menyesakkan itu seakan tidak mempengaruhinya sedikit pun.

"Ya, memang benar salah satunya seperti itu. Namun, saya juga mempunyai alasan lain mengapa saya menyukai surah ini."

"Oh ya,apa?" tanya juri itu dengan nada yang tetap menyesakkan.

"Menurut pandangan saya, surah ini memiliki perpaduan atau kombinasi pembelajaran hati yang sangat lengkap. Yakni pentingnya rasa takut dalam hati kepada Allah SWT seperti yang diterangkan pada ayat 46:
'Dan bagi orang yang takut akan menghadap Tuhannya....'
pentingnya rasa syukur dalam hati seperti yang diterangkan hampir dalam setiap ayat ar-Rahman, pentingnya rasa waspada dan bersiap sedia seperti kandungan dalam ayat 26:
'semua yang ada dibumi itu akan binasa....' 
dan disarankan untuk mengharapkan pengharapan akan keredaan bukan pengharapan akan balasan kenikmatan seperti yang tersirat dalam kandungan ayat 46-60", jelas Aziz dengan tutur katanya yang halus dan perlahan.

Tepuk tangan kembali bergema. Juri yang tadi bertanya dengan maksud yang menyesakkan nampak begitu kesal. Atiqah tersenyum puas. Dia sedikit hairan dengan raut wajah Aziz yang nampak biasa dan jauh dari rasa puas atau bangga kerana tepuk tangan dan sokongan penonton.

"Ya Allah, dia begitu berwibawa." desisnya dalam hati

***
"Aziz!" panggil Atiqah lirih.

"Hmm?"

"Maafkan saya, tak seharusnya kamu melakukan semua itu untuk saya," ucap Atiqah dengan penuh rasa bersalah.

"Saya sama sekali tidak melakukan apa-apa untukmu," sangkal Aziz.

"Tapi tanda nama dan tugas itu ... "

"Saya hanya melakukan sesuatu yang semestinya dilakukan oleh seorang sahabat."

"Tapi, bukan dengan mengorbankan dirimu sendiri kan,Ziz?"

Aziz hanya tersenyum. "Setidak-tidaknya saya tidak mempunyai adik yang memesan piala padaku kan?" ucapnya.

"Anggap saja itu semua untuk adik kamu."

"Untuk adik saya?"

"Ya,sebenarnya semua itu untukmu, Iqa," jawab Aziz dalam hati.

"Adikmu adikku juga kan?kebetulan aku tidak punya adik,"jawab Aziz seadanya.

"Benar-benar orang yang pelik, namun istimewa," bisik Atiqah dalam hati.

"Emm,apa alasan kamu menulis surah al-Waqiah Ziz? Tadi, pada asalnya saya menjawab dengan keliru."

"Jawapan kamu bagus yang menjelaskan tentang hari kiamat yang terdapat dalam surah tersebut,"jawab Aziz.

"Hmm, terima kasih. Tapi, pastinya kamu mempunyai alasan lain bukan?"

"Tak ada, aku hanya suka membacanya," jawabnya sederhana.

"Kau membacanya setiap hari?"

Aziz tidak menjawab dan hanya tersenyum kecil.

"Apakah faedahnya mengamalkan al-Waqiah? kamu tidak kedekut memberikan ilmu kan, Ziz?" pancing Atiqah.

"Emm yang pernah saya dengar dari rakan Kolej saya, al-Waqiah itu amalan untuk mendoakan orang tua kita yang masih hidup."

"Ooh ada lagi tidak?"

"Tak ada, al-Waqiah itu kita tujukan kepada orang tua kita yang masih hidup, seperti surah Yasin jika mereka telah tiada."

Atiqah terdiam. Dirasanya sebuah kekaguman yang semakin besar terhadap sahabatnya itu.

(Sumber : novel Cinta Kudus Bidadari Subuh, karya Hassan Noor)